Kini aku di tempat baru. Aku cuba suaikan diri bersama kawam-kawan yang baru, suasana pembelajaran yang baru dan semangat yang baru. Dahulu, abg selalu kata, 'Hidup di sana susah. Pembelajarannya cepat. 'Tapi,aku tetap berdegil mahu mencuba. Kini aku mengerti. Namun,takkan aku patah semangat kerana 'dia'. Aku mahu 'dia' lihat aku berjaya. Aku mahu 'dia' tersenyum melihat kertas kumal yang berisi kecemerlanganku. Aku mahu 'dia' tahu,aku juga ingin berjaya seperti 'dia'. Aku mahu 'dia' tahu, aku amat menyayangi 'dia'. Minggu hadapan bermulalah perjuanganku selama tiga hari. Aku mengharapkan kekuatan dari Tuhan. Dari 'dia'! Semangatku makin membara apabila mendapat restu 'dia'. Ibu,aku akan berjaya!
~TERIMA KASIH IBU..ATAS DORONGAN MU SELAMA INI..
1 comment:
blaja la rajen2>.<
Post a Comment